Sekarang kristian masih lagi tidak boleh menggunakan nama Allah, bagaimana kalau esok2 boleh? Adakah kita hanya mampu memprotes, berdemonstrasi sambil melihat anak dan cucu kita terumbang ambing akidah mereka. Tanggungjawab kita mengajar mereka. Datanglah apa2 bentuk ancaman sekalipun, kita tidak bimbang lagi kerana tauhid anak2 kita telah diperkukuhkan.
Indonesia, Sabah dan Sarawak telah lama nama Allah digunakan di dalam agama Kristian. Bagaimana untuk membezakan antara Islam dan Kristian di sana? Tauhid.
Diatas contoh  risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH  yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas  mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan  ketenteraman awam dalam negara kita.
 
Sebenarnya ALLAH  telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang  dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan  redho dan setuju dengan  kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara  kehidupan dan kemahuan mereka:
 
Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya  Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya  sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya  petunjuk ALLAH itulah  petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk  mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu  'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong  bagimu".
 
Dan ALLAH  menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan  golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH  ini:
 
At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi  mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa  (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut  mereka, mereka  meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH  mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
 
"Mereka (Yahudi  & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka  sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih  Putera Maryam (Jesus);  padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada  tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari  apa yang persekutukan". 
 
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama)  ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki  selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak  menyukainya"..
 
Dan ALLAH  menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab  Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama  lain, walaupun kafir  musyrikin tidak suka dengannya.
 
At Taubah: 33
"Dialah ALLAH  yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al  Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama,  walaupun orang-orang  musyrik tidak suka!".
 
Dan ALLAH  memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan  ketauhidan kepada ALLAH ini.
 
Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah,  "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang  bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula  diperanakkan, dan  tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
 
Malahan sebenarnya  isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin  lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang  berusia 71  tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian  menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah  keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika. 
 
Seorang tokoh dan  ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The  Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is  inappropriate  for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological  differences associated with the name "Allah" and core Christian  beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is  that "Allah" must refer to the same God as the one  in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for  both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out  that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam  considers the idea of a triune God to be blasphemy.  “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity  takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the  only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog  Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah"  is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of  "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.
 
Berdasarkan itu,  saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang  beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini  yang mahu menggunakan  nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak,  Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan  kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!!  "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan  kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
 
Sebab itu saya  menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau  sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita  kepada petunjuk  Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al  Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan  kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku  tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya  nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan  sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada  hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian  yang mendengarnya lebih memahaminya".
 
Dan pesan saya  kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona  dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu,  yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus  berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya  itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim  Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi  mengejar sedikit habuan didunia ini!!
 
Ya ALLAH,  persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH  memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan  hidayahNya, dan memberikan  istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat  dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.
  




 
 

1 comment:
fitnah semata-semata je awk ni...
Post a Comment