KLIK-KLIK SINI

Wednesday, June 9, 2010

Shaken Baby Syndrome (SBS) lagi...

Yang ini pun aku copy paste gak....kredit to http://sumijelly.com

Kisah benar :

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan‘ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Kiriman email dari rakan untuk dikongsi

TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG…..

Nota kaki : Aku dh menyebarkan email ini dgn menghupdate ke blgo aku… terpulang la pada kengkawan sekalian mcm mana nak menyebarkan maklmumat yg berguna ini…



4 comments:

Jieda said...

takut kan bila anak kecil kena sindrom ni.memang ada sesetengah orang suka menimang tinggi2 kerana suka tgk si kecil tu gelak.berkenaan buaian tu yg agak susah.maklum la kalau kita bekerja dan hantar ke nurseri atau pun org jaga pasti dorang akan guna buaian untuk menidurkan si kecil.

inumatin said...

tu lar,,,zaman dulu x pnh dngr pasal2 ni...skrg dh mcm2...

Unknown said...

uu tkut2..sbb slalu dok main lambung2 baby..

Zaidah said...

mak2 kita dulu suka menimang anak n letak baby dalam buaian..rupanyer benda2 tu semua merbahayakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...