KLIK-KLIK SINI

Friday, January 14, 2011

Nasi Kandaq Penang

Salam jumaat :-)

ermmm sedapnya tgk gmbaq ni...ni masa time berbuka posa kt Nasmir Sg Petani

Hehehe pagi2 masuk ofis aku google nasi kandaq yg femes kt penang ni...aku ni penggemar nasi kandaq..maklum la org penang kan..hehhee..mana bole x mkn ns kandaq ni....

Wpun aku ni ank jati penang, percaya atau x, kesemua ns kandaq yg femes kt penang ni aku x penah try lg pun...huhuhu sedih banget...aku sll dok mkn kt PELITA, KASSIM MUSTAFFA, KAPITAN, SUBAIDAH ja...org kata kt kedai2 besaq camni kurengggg skit...nak sedap kena p kt gerai2 kecik ja...baru terangkat beb...

So dlm dok meng"google" td, aku terjumpa satu forum yg bercakap pasal kedai nasi kandaq ni...so aku pun copy paste la kedai2 yg terbaekkkk kt penang ni...so sesapa yg berminat leh la cari kedai2 kt bawah ni & cuba rasa sedap ke idak....

Pagi
1. Jelutong (kedai cina bertentangan balai Polis - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)

Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)

Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

kalau di tanah besar.. selalu cari nasi melayu..
cam Nasi Bersila kat Lahar Kepar
nasi kat Juru tu.. bawal goreng
kat main road kepala batas - Ikan Bakar

Ni ada nota2 tambahan selain drpd kedai ns kandaq yg femes kt penang...jumpa kt forum yg sama gak...

Kalau di Penang.. nasi kandar terbahagi kepada tiga :-
1. makan pagi - biasa kurang pedas dan amat sesuai utk makan pagi
2. makan tengah hari - pedas
3. makan malam - pedas sikit dari makan pagi tapi tak pedas sangat spt makan tengah hari

kas-kas cuma digunakan utk masak yg berasaskan daging.. utk melembutkan daging...
tapi kalau masak guna kas-kas, kita dapat rasa berbiji2..
kalau taknak guna kas-kas utk masakan kita leh perap danging tu dgn air nenas utk melembutkan daging tapi jgn terlalu lama nanti hancaur lak daging tu..

cara mamak masak nasi berbeza dgn melayu..
mamak biasanya masukkan air hingga penuh periuk, apabila mendidih, baru lah air dibuang sedikit mengikut sukatan yg dimahukan..
Berbeza dgn org melayu dimana air dimasukan mengikut sukatan yg dimahukan baru masak..
Kesimpulannya :- sbb itu apabila makan nasi mamak kita rasa tak berapa kenyang sbbnya kanji yg terhasil telah dibuang bersama air apabila nasik yg ditanak itu mendidih..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...