KLIK-KLIK SINI

Thursday, May 31, 2012

Special entry tuk anak kesayangan ibu...

Sayang
maafkan ibu jikalau ibu terlepas bicara, terlepas laku atau terlepas perbuatan
niat ibu hanya satu..ibu nak mendidik anak ibu jadi seorang INSAN
insan yang tahu menghormati org lain
insan yang bijaksana
insan yang baikhati
insan yang penyayang
insan yang tahu menghargai
dan yang paling penting INSAN yang SOLEH/SOLEHAH

ibu harap, ibu dapat jadi ibu yang terbaik utk anak ibu
walaupun ibu sedar, ibu tak mampu untuk penuhi semua keinginan anak ibu
tapi insyaALLAH dengan izinNYA, ibu akan cuba untuk tunaikan

kebahagiaan seorang ibu terletak pada kebahagiaan dan kejayaan anaknya
hati ibu akan gembira bila melihat anaknya berjaya
hati ibu akan tenang jika melihat anaknya bahagia

tiada seorang ibu pun yang tergamak untuk menyakiti anaknya
percaya lah....menitis airmata seorg ibu jika dia telah menyakiti anaknya
luluh hatinya bila kenangkan apa yang terjadi

moga ALLAH berikan aku dan suami kekuatan dan kesabaran untuk kami membimbing anak-anak kami menjadi insan yang berguna dan taat kepada segala perintah ALLAH
dan peliharalah hubungan kami sekeluarga..amin




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...