KLIK-KLIK SINI

Thursday, January 20, 2011

Ayam ala Kennty Rogers & mashed potato & gravy

Thaipusam Day...so ini ari aku lepak diumah je la....relax2 n masak2...

Menu aku arini Ayam ala kenny roger & mashed potato bersama gravy...kalo ada coleslaw lg sedap ni

semuanya aku cedok dr my resipi....so korang kalo berminat leh la cedok kt situ gak ek...tq my resipi kerana menjadi guru yg baik tuk org mcm aku ni...hehheeh

Resipi Ayam

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran@ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 4 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
kalo nak guna oven ikut yg ini
Masukkan ayam yg telah diperap dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.

Resipi Gravy

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi) - aku guna kiub ayam maggi dlm 1 1/2
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat 2 3 titik
  • garam( aku x masuk garam langsung )

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Resipi Kentang putar

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...