METABOLISME berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.
Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.
Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.
Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :
1. Bersenam
2. Bersarapan pagi
3. Makan dengan lebih kerap
4. Minum air
5. Minum teh hijau
6. Mendapat rehat yang secukupnya
Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian. Info from tips kuruskan badan
No comments:
Post a Comment