KLIK-KLIK SINI

Tuesday, May 25, 2010

KEPADA AYAH DAN IBU.. JADIKAN ANAK PINTAR .. DENGAN IZIN ALLAH..

Assalamualaikum,

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan namapanggilan yang baik . –bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapibagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu danrendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malusangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yangmemanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yangdipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yangjarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tauyang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat.Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akanterbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasihsayang - pandangan ini akan membuatkan anak andalebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masakita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgnkita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak andaberbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiahataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buatlebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belummatang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dankeluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalahkeluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takdemasalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesardan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkankeperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri merekabeban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi dihari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagipada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajaranak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudakbercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan diacakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thntapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznilTanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo…untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali merekamemerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundahgulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supayamereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita keciktapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untukmenenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila adayang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yangtelah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anakmenyambut harijadinya .

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajarmereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar,baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak diafaham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat matadia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbbkalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingankehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanyatak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nakajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susudiorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takutanak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpingeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalaupasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita darimimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulangtayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akanmenghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barangkesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelumberbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpaciuman selamat malam biasakan ajar dia salam kita sebelum lena.Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak nselimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapayang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa nigarangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist padaanak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat kerumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebihpenting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bilakita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong merekasiapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hariperalihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari ygcikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahanmereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapundengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangisapabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisananak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supayamereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan sepertianda. hargailah perasaan mereka supaya mereka jugamenghargai dan memahami perasaan kita

mm.. byk kisah pulak hari ni kan . Maaf lah..ade 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!!




5 comments:

Zaidah said...

info yang sangat bagus...terima kasih...

'NuReeN' said...

salam kenal..
info yg sgt2 bagus untuk saya yg masih baru utk mendidik anak..
tq..

IMAN'S UMI said...

Sikit2 dh buat, lain2 tunggu dia pandai cakap dulu...thnx for sharing, sharing is caring.

inumatin said...

sama2 berkongsi ilmu kan

alinac lover said...

ilmu yg berguna...thanks akak~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...