Salam Jumaat tuk semua...
Info ni aku trima melalui email drpd kawan ofis aku...mgkn bole dijadikan renungan tuk kita bersama...
Menurut Pakar Motivasi  Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik  anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan  mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan  mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4)  Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak  berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6)  Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan  suasana yang kurang seronok ketika makan.
8) Membeza-bezakan kasih  sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10)  Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak  ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan  anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan  agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan  pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah  anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka  membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak  halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan  anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan  anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan  anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka  bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka  masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya  mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada  anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak  menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak  menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk  semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan  pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian  terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan  kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan  oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan  yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36)  Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak  konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi  nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik  anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
 Semoga kita menjadi ibu & ayah yg baik tuk anak2 kita...InsyaALLAH.....
 
 

2 comments:
InsyaAllah, stkt ni Iman rajin gak tunjuk2 kt huruf2 perkataan yg dia jumpa (membaca la kononnya)...harap2 smpi ke besarla.
tetap ibu bapa selamanya..
Post a Comment