KLIK-KLIK SINI

Showing posts with label MENU. Show all posts
Showing posts with label MENU. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Karamel @ puding telur

Karamel untuk tea time pada petang ahad 20 Mei 2012
dh lama x makan karamel
sekali sekala makan terasa kesedapannya...ermmm yummy3x
resipi dia bole tgk pada entry yg dulu2






Thursday, May 3, 2012

Resipi Spaghetti Bolognese ala cik Munie

Salam semua,

Dah lama aku x post pasal makan2 ni kan....meh layan menu kami skuarga mlm smlm...
spageti bolognese ala cik muni...main campur2 ja...janji shedaappppp....hehehe
seingat aku, dh kat 2 tahun aku x masak spageti ni....lama benorrrrr.... :-) 

Resipi (untuk 3-4 org makan)

Kisar
1/2 bj bawang besar
2 bj bawang putih

Potong dadu
1 bj bawang besar
1 bj tomato
Cili bengala (option - nak bole x nak pun bole) --> smlm x masukkan cili bengala sbb  x de stok kt umah

Lain-lain
4-5 bj cendawan butang (potong ikut selera masing2)
200gm daging kisar
2 sb tomato sos
2 sb cili kisar
1/2 botol sos spageti kimball (garlic & basil)
1 st serbuk oregano
Sedikit lada sulah
Garam gula secukup rasa
Meatball & hotdog (smlm x taruk sbb lupa nk beli)
Cheese (skit je tuk taruh atas spageti)
Spageti 
Minyak masak @ minyak zaitun
Air

Panaskan minyak
campurkan bahan yang dikisar smpi wangi
masukkan cili kisar smpi pecah minyak
pastu baru masukkan sos spageti n sos tomato
then masukkan daging, cendawan, meatball dan hotdog
garam, gula secukup rasa
agak2 daging dh nk masak campak jer bahan yang dipotong dadu tadi
(air bole ditambah mengikut selera masing2)
jgn lupa masukkan oregano n lada sulah (sapa yg suka lada hitam, leh la masukkan lada hitam)
kasi mendidih skit dan siapppppp

tuk spageti...
rebus air cmpur ngan skit garam
masak smpi lembut
nk campur ngan skit olive oil pun leh

dan bole dihidangkan n makannnnnnnnnnnnnnnn :-)



Tuesday, April 5, 2011

My Lit Bro Bday

Actually smlm my lit bro punya bday...tp weols celeb 1 day bfore...selama dia idup 25 tahun ni...mmg x pnh wat apa pun...juz tahun ni...sejak dh ada tunang ni...weols make la something kt dia...as usual...part aku adlh...baking cake...adik aku nak kek ala2 indulgence...so i make it 4 him...n aku puas ati kali ni coz hasil dia lebih baik dr sblm ni....maksud aku puas ati dari fizikal...sblm ni kek aku tu hancur ja bab nk topping2 ni...tp kali ni nmpk la perubahan skit...makin kemas...practise make perfect kan...hehhe

ini topping ngan whip cream kt tgh kek, atas n tepi

pastu baru cover ngan ganache plak

deco yg hampeh...nk tulis pun terketaq2...

1 slice

My mom lak masakkan bihun goreng tuk aritu...karipap sardin pun buat gak....kenyang jugak la petang tu wpun menu yg x seberapa ni...

menu yg ada

ni la adik ku nan sorg....

epi bday bro..moga pjg umur, murah rezeki, bahagia idup dunia akhirat..amin




Monday, March 21, 2011

My homemade ais krim

Entry terdahulu aku dh story pasal "my homemade aiskrim" kan...tp x de gmbaq....nahhh kali ni...aku masukkan some pics tuk tatapan...ada rasa cam terliur dak? hhehehe....

Choc & Vanila ( sblm beku ) - ini kali pertama aku buat...

choc, vanila & strawberi ( belum beku & sblm dilorek2 )..ini yg the latest aku buat
ini selepas dilorek2...saja ja tgn ni gatal nk lorek2
tadaaa...ais 3 rasa ni dh siap tuk di jual...amacammm ok x?



Saturday, February 26, 2011

Puding marble


Selasa malam (22/2) aku smpat siapkan puding marble...mula2 nk buat isnin ptg tuk juadah berbuka....tp x smpat la plak...sempat buat ns goreng ja tuk juadah berbuka...so terpaksa la postpone puding marble ke ari selasa....

Marble dia nmpk cam kureng mnjadi skit kan...tapi takpe la...first time kan...janji nmpk corak2 kira ok la.....hehehhe

Resipi dia as usual....aku amik kt my resipi.

Arini aku buat homemade aiskrim lak...skrg dlm freezer lg...nt dh siap...aku post kan entry tu ek...



Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula ( nak kurangkan gula pun bole )

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.


Monday, February 21, 2011

puasa dan kek

Short entry tuk arini....

posa ganti aku yg terakhir tuk tahun 2010..lega dh setel 1 bab...

ni otak tgh memikior nk mkn pa lak ptg ni...cam2 dok pkir...ns lemak pun sodap, ns goreng pun sodap...ns kandaq pun soodapppp...ermmm mana satu nk ni....

oppssss...lupa nk post kek aku yg buat ari sabtu lepas (18/2/11)...nmpk comot tp sedapppp...



Tuesday, February 15, 2011

Kuih tepung talam & Choco mousse brownies

Cuti2 maulidur rasul ni...aku sempat la mencuba menu yg aku x pnh buat sblm ni...mula2 aku siapkan dulu choco mousse brownies...resipi ni aku amik dr MY RESIPI dan lepas pada tu plak...aku cuba buat kuih tepung talam....yg ni permintaan dari atin...dia suka sgt mkn kuih tepung talam ni...demi x nk menghampakan dia..aku cuba la kodek2 resipi kuih tepung talam ni...akhirnya aku jumpa kat kak hanieliza punya page.

rasanya sedappp....mkn sekali pasti nak lagi



Tuesday, February 8, 2011

Mak...hepi bday to u...

Arini bday my mom yg ke 57...moga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan...munie syg mak...x dpt nk dibayangkan camna idup munie nt kalo mak x dak....huuhuh...munie, kakak, abg ngan pipi doakan yg terbaik tuk mak...weol luv u so muchhh...

Kek ni special aku buat tuk my mom....kek ni aku buat dr smlm lg...

Butter cake + Oreo cheese cake tuk my mom

ermmm...yummy3x

Balik keje ptg td,,,aku siapkan juadah tuk my mom berbuka puasa arini...aku masakkan mee hailam...





Tuesday, February 1, 2011

Hepi Bday Myluvly Hubby

Arini genap la umur my laling yg ke 33....Epi bday sayang...moga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki kita skuarga..dan idup kita skuarga diberkati oleh Nya...amin...

buruk bebenor deco kek aku ni kan....maafkan je la yer...percubaan pertama la katakan...huuhuh

Wpun rupa kurang menarik...tp rasanya...yummy3x....ala indulgence kek gituu...

kalo buat 2 layer lg...confirm sejibik cam indulgence kek tu

ini lak kek tuk hubby bawa g ofis dia...aku kukus je ni

kek yg telah di potong2..


Monday, January 24, 2011

Samperit Marble


Mgu lepas slps siapkan ayam ala kenny rogers aku tu...aku gatal tgn lak nk buat biskut samperit marble...resipi dia aku amik dari kak hanieliza. simple je resipi dia...n sedap gak :-)

Time2 gini dpt mkn biskut raya pun sedap gak...walaupun rupa dia x secantik kak hanieliza buat.....tetapi ttp laku ok...sekejap je abes 1 balang

RESIPI SAMPERIT MARBLE

Bahan

280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.




Thursday, January 20, 2011

Ayam ala Kennty Rogers & mashed potato & gravy

Thaipusam Day...so ini ari aku lepak diumah je la....relax2 n masak2...

Menu aku arini Ayam ala kenny roger & mashed potato bersama gravy...kalo ada coleslaw lg sedap ni

semuanya aku cedok dr my resipi....so korang kalo berminat leh la cedok kt situ gak ek...tq my resipi kerana menjadi guru yg baik tuk org mcm aku ni...hehheeh

Resipi Ayam

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran@ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 4 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
kalo nak guna oven ikut yg ini
Masukkan ayam yg telah diperap dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.

Resipi Gravy

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi) - aku guna kiub ayam maggi dlm 1 1/2
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat 2 3 titik
  • garam( aku x masuk garam langsung )

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Resipi Kentang putar

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.


Saturday, January 15, 2011

Kari mamak kepala ikan & ayam goreng ala mamak

Menu aku arini ber"ala"kan mamak :-)

Alhamdulillah kari kepala ikan aku mendapat pujian from my dad...dia kata sedap..(tp bg aku, aku rasa biasa ja pun) mgkn kali ni kena ngan selera dia kot...tak kisah la kan...janji dia makan tanpa komplen (my dad ni cerewet ok pasal mkn)...

Ayam goreg dia pun sedap...both recipe aku amik from my resipi...so korang leh la google kt ctu k...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...