KLIK-KLIK SINI

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Resipi Spaghetti Bolognese ala cik Munie

Salam semua,

Dah lama aku x post pasal makan2 ni kan....meh layan menu kami skuarga mlm smlm...
spageti bolognese ala cik muni...main campur2 ja...janji shedaappppp....hehehe
seingat aku, dh kat 2 tahun aku x masak spageti ni....lama benorrrrr.... :-) 

Resipi (untuk 3-4 org makan)

Kisar
1/2 bj bawang besar
2 bj bawang putih

Potong dadu
1 bj bawang besar
1 bj tomato
Cili bengala (option - nak bole x nak pun bole) --> smlm x masukkan cili bengala sbb  x de stok kt umah

Lain-lain
4-5 bj cendawan butang (potong ikut selera masing2)
200gm daging kisar
2 sb tomato sos
2 sb cili kisar
1/2 botol sos spageti kimball (garlic & basil)
1 st serbuk oregano
Sedikit lada sulah
Garam gula secukup rasa
Meatball & hotdog (smlm x taruk sbb lupa nk beli)
Cheese (skit je tuk taruh atas spageti)
Spageti 
Minyak masak @ minyak zaitun
Air

Panaskan minyak
campurkan bahan yang dikisar smpi wangi
masukkan cili kisar smpi pecah minyak
pastu baru masukkan sos spageti n sos tomato
then masukkan daging, cendawan, meatball dan hotdog
garam, gula secukup rasa
agak2 daging dh nk masak campak jer bahan yang dipotong dadu tadi
(air bole ditambah mengikut selera masing2)
jgn lupa masukkan oregano n lada sulah (sapa yg suka lada hitam, leh la masukkan lada hitam)
kasi mendidih skit dan siapppppp

tuk spageti...
rebus air cmpur ngan skit garam
masak smpi lembut
nk campur ngan skit olive oil pun leh

dan bole dihidangkan n makannnnnnnnnnnnnnnn :-)



Saturday, February 26, 2011

Puding marble


Selasa malam (22/2) aku smpat siapkan puding marble...mula2 nk buat isnin ptg tuk juadah berbuka....tp x smpat la plak...sempat buat ns goreng ja tuk juadah berbuka...so terpaksa la postpone puding marble ke ari selasa....

Marble dia nmpk cam kureng mnjadi skit kan...tapi takpe la...first time kan...janji nmpk corak2 kira ok la.....hehehhe

Resipi dia as usual....aku amik kt my resipi.

Arini aku buat homemade aiskrim lak...skrg dlm freezer lg...nt dh siap...aku post kan entry tu ek...



Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula ( nak kurangkan gula pun bole )

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.


Monday, January 24, 2011

Samperit Marble


Mgu lepas slps siapkan ayam ala kenny rogers aku tu...aku gatal tgn lak nk buat biskut samperit marble...resipi dia aku amik dari kak hanieliza. simple je resipi dia...n sedap gak :-)

Time2 gini dpt mkn biskut raya pun sedap gak...walaupun rupa dia x secantik kak hanieliza buat.....tetapi ttp laku ok...sekejap je abes 1 balang

RESIPI SAMPERIT MARBLE

Bahan

280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.




Thursday, January 20, 2011

Ayam ala Kennty Rogers & mashed potato & gravy

Thaipusam Day...so ini ari aku lepak diumah je la....relax2 n masak2...

Menu aku arini Ayam ala kenny roger & mashed potato bersama gravy...kalo ada coleslaw lg sedap ni

semuanya aku cedok dr my resipi....so korang kalo berminat leh la cedok kt situ gak ek...tq my resipi kerana menjadi guru yg baik tuk org mcm aku ni...hehheeh

Resipi Ayam

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran@ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 4 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
kalo nak guna oven ikut yg ini
Masukkan ayam yg telah diperap dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.

Resipi Gravy

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi) - aku guna kiub ayam maggi dlm 1 1/2
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat 2 3 titik
  • garam( aku x masuk garam langsung )

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Resipi Kentang putar

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.


Wednesday, January 5, 2011

Resipi puding koktel



Resipi puding koktel


Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 3 cawan air
* 1 cawan air koktel
* 1/2 tin susu cair (muni boh 1 cwn susu cair..kalo rasa keras..tmbh susu skit lg)
* 1 cawan gula ( muni sll buang skit dlm 3 camca )..x nak manis sgt
* 3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.



Oreo cheese cake

Semalam berkobar2 aku nk buat oreo cheese cake...resepi dia aku amik dr blog ummizaihadi. thanks ya kak...cuma saya tak ikut tuk buat base dia ja...base dia saya masukkan dlm freezer...x bake thru oven...mmg jadi n sedap sgt....yummy3x...

masa dalam oven lagi...guna teknik water bath tu yg berbalut sakan...x nak kasi air masuk ke dlm kek

Tapi kegembiraan buat kek ni x lama....hua hua hua...giler2 punya sedih ni...

Nak tau kenapa....??? alkisahnya gini...lepas kek ni dibiarkan sejuk selama sejam didalam oven...aku pun amik la kluaq...dan disebabkan kek ni menggunakan teknik "waterbath" aku pun dok belek2 la belah bawah kek ni kot2 termasuk air...then dalam masa tu gak..aku pun memanggil cik nab@my mom...hehehe nama mesra mak aku tu...so cik nab pun dtg la dgn segera....

Ini gmbr sempat diamik sblm kejadian malang berlaku...nak tau apa yg berlaku??? tgk pic kt bawah ni....huhuuh

aku baru nk snap gmbr yg kt atas td..cik nab dh angkat ini loyang (tu pasal gmbr bergegaq)...sekali cik nab p tungging kek tu daaa...konon2 dia nk tgk ayaq ada kluaq tak kat bawah tu...(aku gunakan loyang leh bukak tepi tu) so air mudah masuk kot bawah kalo guna teknik waterbath..abes la terborai isi kek aku tu...huhuuhuh...terdiam, terkasima aku waktu tu....x tau nk kata apa...nk nangis ja rasa...adoiii la...kalo ank yg buat...mau kena hamput dh kan...tp ini mak kita yg buat...alamakkkk....terdiam je la...nk marah pun x bole...tp aku tau, cik nab mesti rasa bersalah sgt kan...takpe mak...muni x marah...nk buat camna kan...nt kita buat lain k...

Lepas pada tu...baru masuk freezer...so pagi tadi dh bole potong...ermmm rasa dia mmg sedap la (bukan puji diri sndr) tp kalo korang buat pun..mesti puas ati punya...rasa dia sedap....


Resipi Oreo Cheese Cake

Bahan Dasar:- (loyang 20cm)

  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 75gm mentega cair
Bahan Filing:-
  • 500 gm keju krim
  • 110 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur
  • 150ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang dan masukkan ke dalam freezer smpi dia keras.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  6. Keluarkan kek dari loyang dan hias mengikut suka.



Monday, January 3, 2011

Brownie marble cheese cake

Tahun 2011 menjelma sudah...pembukaan 2011 dengan menu yg menarik lagi tip top....brownie marble cheese cake...resipi ni aku amik dr myresipi.com. Alhamdulillah menjadi jugak kek aku ni haa..pada penggemar cheese cake...jom la cuba buat..pasti x nyesal punya...


Bahan-bahan ( Acuan 9 inci )

  • **Bahan Brownie**
  • 300gm dark chocolate
  • 2/3 cawan gula
  • 150gn butter
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan whiping cream
  • 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
  • 2 biji telur

  • **Bahan Cheese**
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan gula
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
  2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
  4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
  6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!
  7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.




Monday, November 1, 2010

Resipi Laksa Penang


Bahan-Bahan Untuk rebusan Ikan
Ikan kembung/temenung - sekilo
Cili kering - 20 bj
Serai - 2 btg
Halia - skit jer...tumbuk skit je jgn smpi hancur
Lengkuas - dlm besar ibu jari
Asam keping - ikut pada tahap yg anda suka..aku taruk dlm 8-10 keping
Sedikit nenas
Sedikit daun cenohom
Bunga kantan - 3 btg

Semua ni kasi rebus sekali dgn ikan smpi ikan masak
pas masak...cam biasa...buang la tulang ikan semua...
kutip balik cili kering yg telah direbus tadi

Bahan Untuk dimesin
Bawang besar - 1 ulas
Bawang merah - 4 ulas
Cili kering yang direbus bersama ikan tadi
Belacan - 1 keping
Sengkuang skit

Blend semua sekali, pastu campur dgn air rebusan ikan tadi...
garam secukup rasa..tgu smpi mendidih...dah siap

Isi laksa...as usual..kasi rebus saja dgn daun pandan....

rencah-rencah yg lain...ikut suka masing2...nk bubuh timun ke, nenas ke, cili ke, telur ke....up 2 u guys...

SELAMAT MENCUBA



Monday, August 30, 2010

Resipi : Ayam Masak Paprik

RESIPI AYAM MASAK PAPRIK


Bahan-Bahan

1/2 kilo isi ayam

6 biji cili api, ditumbuk

3 ulas bawang merah, dimayang halus

2 ulas bawang putih, dimayang

1 labu bawang besar, dimayang

2 batang serai, dititik

4 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

sedikit kicap manis

1 biji tomato, dibelah 4

5 helai daun limau purut, carik2kan

bunga kobis, kacanf buncis, karot, jagung muda (ikut kehendak sndr nk byk ke skit)

garam secukup rasa

sedikit minyak masak

Cara-cara

Panas minyak, gorengkan ayam (agak2 smpi masak, jgn terlalu garing)

Masukkan bwg merah, bwg putih & cili padi, kacau sekejap.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis. Biarkan mendidih sekejap & masukkan pula sdkt air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

Bila dh mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.

Sunday, August 29, 2010

Resipi - Ayam Goreng Berempah

Resipi Ayam Goreng Berempah
(untuk 7-8 ketul ayam yang dipotong 12)

BAHAN A
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintang putih
(kesemuanya digoreng terlebih dahulu then lepas tu ditumbuk smpi lumat)

BAHAN B
5 ulas bawang putih - ditumbuk kasi halus
1 inci halia - ditumbuk kasar
3 batang serai - ditumbuk kasar
(kesemuanya ditumbuk berasingan)

BAHAN2 LAIN
1 sudu besar rempah kari ayam
1 bj telur
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun kari (dipotong renek2)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
campurkan ke semua bahan diatas, gaul bersama ayam sampai rata, then perap sekurang2nya 1 jam...tp kalo lagi lama lagi bagus :-)
pas dh perap, bole lar menggoreng ayam2 tu....guna kaedah deep frying ok...
ayam yang sudah diperap

SELAMAT MENCUBA...




Thursday, May 20, 2010

Resipi : Cucur Labu Cik Nab

Aku namakan resipi ni Cucur Labu Cik Nab...sebabnya...aku belajaq ni from Cik Nab, my mom...hehehe...Tq mummyyyyy....

Bahan-Bahan

1. Labu (3/4)

2. Air (untuk direbus dgn labu)

3. Tepung Gandum - 4/5 sudu besar

4. Tepung Beras - 2 sudu besar

5. Garam kasar ( skit jer )

6. Gula - 4/5 sudu besar (ikut masing2...kalo nk kurang manis, kurangkan gula..kalo nk lebih manis, tambahkan gula..)

7. Minyak masak


Cara-caranya

1. Rebus labu yg dh dibuang kulitnya. Potong labu tu kasi kecik2 skit yer...so cepat skit labu2 tu nk empuk...

2. Air tu x yah lar byk sgt, juz menutupi labu2 tu pun dh kira ok

3. So letakkan sdkt garam kasar...so nt rasa lar manis2 skit...masin2 skit kan...baru sodappp...

4. Bila dh empuk labu2 tu, kita angkat & lenyek labu tu ( cam lenyek pisang wat cokodok tu )

5. Air rebusan labu tu jgn dibuang lak yer...simpan tuk masa nk gaul ngan tepung nt...

6. Bila dh lenyek, so kita masukkan tepung2 smua tu & gula

7. Masa nk gaul ngan tepung tu, masukkan lar air rebusan tadi ( air tu x yah campur semua lak ), juz agak2 cukup ngan tepung tu jer k...

Pastu leh lar digoreng....

TADAAAA...siap...mudah jer kan

SELAMAT MENCUBA



Sunday, May 16, 2010

Resipi - Karamel @ Puding Telur

Bahan A
  1. Telur 4 bj
  2. Susu isian sejat 1 tin ( tin pnjg tu )
  3. Gula 3 sudu besar
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. 1 sudu besar tepung kastard
Bahan B
  1. Gula 1 cawan
  2. Air 1 cawan
  3. Sedikit mentega untuk disapukan ke dalam loyang
Cara-caranya
  1. Setelkan bahan B dulu.
  2. Masakkan gula dengan api sederhana sehingga gula hancur & menjadi sdkt perang. Jgn smpi hangit lak yer...kang pahit lak gula tu nt.
  3. Bila dh hancur & dh jd warna perang, terus campurkan air...( ati2 skit erk...bila campur air, gula td akan sdkt meletop pop pop...heheh).
  4. Jgn risau bila tgk tetiba gula anda td menjadi keras.
  5. Kuatkan sdkt api & terus kacau hingga gula td larut & tutup api.
  6. Masukkan gula td ke dlm loyang ( loyang tu perlu disapu dgn sdkt mentega )
  7. Skrg kita settle bahan A lak.
  8. Pukul telur sehingga kembang (jgn kasi smpi berbuih2), then campur gula, kacau lg dan campur esen vanila & susu & tepung kastard.
  9. Pukul agak sebati then tapis n terus masuk ke dlm loyang tadi.
  10. Kukus selama 25 minit.
  11. Tadaaaaa.....siap....

SELAMAT MENCUBA...


Monday, May 3, 2010

Kek Coklat Lembap

Bahan-bahan
400gm butter
6 biji telur

2 cawan tepung gandum

2 cawan gula halus

1 sudu soda bicarbonate

1 cawan koko(kalau nak hitam beli koko timbang)
1 mangkuk susu masam

1 cawan air panas

(ayak sekali - tepung,soda bicarbonate&koko)

cara2 buat susu masam
1 cawan susu pekat
5 biji limau kasturi

campur susu + limau & perap selama 3 jam

Cara-cara

pukul butter&gula halus,masukkan telur sebiji2..lepas kembang masukkan bahan2 yang telah di ayak.masukkan susu masam dan akhir skali masukkan air panas.


Topping

coklat masakan+1 sudu butter

masak atas api


Masak 160c, 45-60 mnt

SELAMAT MENCUBA!!!!

resipi daripada azira

KEK COKLAT LEMBAP

Sunday, April 25, 2010

Resipi - Makaroni Bakar

Bahan-Bahan
Bahan A
Makaroni 250gm
Mentega agak2 jer (untuk digaulkan dgn makaroni supaya makaroni x melekat
& tuk sapu pada loyang nt)
Bahan B
Susu isian sejat 1 tin besar
Telur 10 bj
Garam halus Secukup rasa
Daun sup Ikut ati sndr nk byk ke skit
Bahan C
Bawang putih 5 ulas (potong dadu)
Bawang besar 2 bj (potong dadu)
Lada Hitam Skit jer...ikut ati sndr
Halia Skit jer...amik bau (potong kasi halus2)
Daging kisar 1 paket tu...ntah berapa gm..lupa lak
Tomato 2 bj (potong dadu)
Tomato puri 1 tin kecik
Mix Vege 250 gm
Cili Benggala merah 1 bj (potong dadu)
Cili Benggala hijau 1 bj (ppotong dadu)
Cendawan Agak2 sndr....aku x pnh bubuh pun
Cili mesin 2@3 sudu
Garam n gula secukup rasa

Cheese
Sos cili

Cara-caranya
Bahan A
1. Rebuskan makaroni dgn air.
2. Agak2 dh lembut...angkat n sejat dia, then gaul ngan sdkt mentega.
3. Pastu put aside....kita buat bahan C plak
Bahan C
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar n halia.
2. Bila dh sdkt layu, masukkan cili mesin.
3. Masukkan daging kisar.
4. Bila dh agak daging tu lembut, masukkan lada hitam, buah tomato, tomato puri, mix vege &
cili benggala.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.
6. Bila dh masak semua...letak sebelah...kita setel bahan B lak
Bahan B
1. Pecah telur & campurkan ngan susu & garam secukup rasa.
2. Kacau semua.
3. Then masukkan kesemua Bahan A & Bahan C yang telah siap dimasak td.
4. Gaulkan smpi sebati & masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn sdkt mentega.

Panaskan ke dalam oven slama 20 mnit.
Kuarkan loyang & letakkan cheese ke atas permukaan makaroni kita tu.
Then masukkan semula ke dlm oven lbh kurang 5 mnt untuk dibakar.
Then siap.
Boleh letakkan sdkt sos cili atas permukaan makaroni td.

SELAMAT MENCUBA!!!!!
Bahan C yamg telah siap dimasak
Dh siap...belum letak sos cili lg ni...keju pun skit jer letak...x cukup stok..huhuuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...