Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
1. Kepala berbentuk 'V'
2. Bentuk badan mirip torpedo
3. Badan berwarna hitam berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
1. Kepala berbentuk 'U'
2. Bentuk badan tirus
3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6. Digoreng tidak meletup
11 comments:
eeerrkkk,,
naseb baek saya tak makan ikan keli
wah,gud info ni.. kawan dah la suka mkn ikan keli nih! sodap...
sy lak x lalu makan...x reti nk mkn ar...huhuuh
terima kasih kerana berkongsi info...sebab zai memang suka makan ikan keli
salam..
tq kerana info..tp kalu ikn ni da dimasak..ciri2 xberapa nk clear..aduyaiiii
xlalu dah nk mkn...muncung ikn tu pom kalu kt kdai da dipotong..aduss
salam ..rasanya mmg susah nak kenal ikan keli yang diberi makan dgn perut ayam dgn yg lain (platlet) dan ada juga yang diternak di tpt kumbahan najis..yang pasti jika ikan keli yang ditangkap dipaya lemaknya lebih byk..mmg keliru utk dibezakan
err satu lagi..ikan keli yg ditangkap dipaya lebih berlemak serta fizikalnya lebih hitam dan bila digoreng lebih kuat meletup (pengalaman saya yg asal dr kg selalu tangkap keli dipaya)
emmm..ummi rasa takut lak nak mkn ikan keli...sbb la ni payah nak kenai yg mana halal ngan tak halal...mcm sama ja rupa depa kalau ltk byk dlm tong ikan...tp ummi rasa yg tak halal tu besaq lagi drpd yg halal punya...ya la mkn benda dlmn ja..mau tak besaq kan..
Ikan keli yang digoreng meletup-letup x semestinya makan benda haram...ini kerana kandungan lemak dalam badan ikan..apabila ikan yang diberi makan pellet ia akan kurang lemak dalam badan ikan dan ini menyebabkan bila digoreng kurang meletup...
sebenarnya peniaga2 Islam itu sendiri janganlah sesekali mengambil hasil ternakan dari yang bukan Islam walaupun harga yang ditawarkan acapkali jauh lebih murah dari yang dikeluarkan oleh orang kita...apa guna untung yang sedikit dari sikap yang seakan mengkhianati bangsa..
satu lagi hasil dari tinjauan saya ialah..ada peniaga di pasar menyatakan ikan keli mereka diambil dari sawah..(maksudnya keli liar dan harganya biasa lebih mahal)mana mungkin ikan dari sawah mempunyai saiz yang sama besar dalam kuantiti yang banyak...nak menipu biarlah berpadan dan masuk akal...
semoga bangsa kita dapat mengeluarkan apa sahaja satu hari nanti tanpa bergantung harap pada yang lain satu hari nanti....InsyaALLAH...
salam kenal.. ^^
jika kita tak nampak dgn pasti, jgnlah berprasangka buruk dengan rezeki Allah swt. tp jika kita pasti mmg ikan tu mkn benda kotor, tak payah beli. saya setuju dgn pendapat komen2 terdahulu ttg tak semestinya ikan yg meletup2 digoreng tu mkn benda kotor. mcm manusia, kdg2 kita gemuk kdg2 kita kurus. tgk la dpt rezeki nk mkn byk ke tak :) wallahualam..
p/s: suka info mcm ni, buat kita berfikir..
thanks pada semua yg berkongsi info...its gud for us
Post a Comment